This website is best viewed using Mozilla Firefox

Letakkan Iklan anda disini. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Peluang mendapatkan pendapatan dengan bekerja di rumah. Menggunakan 3 cara mudah. PlugInProfits

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday78
mod_vvisit_counterYesterday221
mod_vvisit_counterThis week1209
mod_vvisit_counterThis month733
mod_vvisit_counterAll234762

Sahabat KUAT






Lost Password?
No account yet? Register
Home arrow Berita arrow Keusahawanan Koperasi arrow Mendominasi rantaian nilai melalui Ko Kuat
Mendominasi rantaian nilai melalui Ko Kuat PDF Print E-mail
Written by MeCD 14 November 2007   
Thursday, 06 March 2008

Bukti koperasi pertanian tidak sekadar jalan aktiviti pengeluaran, penternakan

(Keluaran Khas : Keusahawanan Koperasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Penubuhan Koperasi Kuat (Ko Kuat) adalah satu usaha untuk membawa koperasi berasaskan sector pertanian ke dalam arus perdana gerakan Koperasi Negara. Ia juga menandakan satu kemajuan dan bukti pencapaian koperasi pertanian yang selama ini wujud tidak sekadar untuk menjalankan aktiviti pengeluaran dan penternakan.

Pelancaran Ko Kuat pada 1 November 2007 lalu yang membabitkan gabungan sembilan Koperasi Asas Tani adalah bertepatan dengan hasrat dan kehendak kerajaan serta rakyat agar gerakan koperasi memainkan peranan lebih besar bagi meningkat tahap kemajuan ekonomi Negara melalui Dasar Koperasi Negara dan Dasar Pertanian Negara Ketiga.


 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata golongan yang terbabit dalam bidang pertanian sebenarnya boleh pergi jauh menerusi pembabitan aktiviti rantaian nilai dan kewujudan koperasi seperti Ko Kuat. Ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menubuhkan koperasi agro.

“Jika dilihat di negara lain koperasi tidak berhenti setakat terbabit dalam aktiviti peringkat pertama saja dan pelancaran Ko Kuat adalah satu tahap pencapaian bagi pihak koperasi dalam bidang pertanian.

“Bagi kementerian dengan adanya sembilan sub sektor pertanian ia boleh menjadi asas untuk koperasi mendominasi sektor yang terbabit seperti nanas, pisang, mangga, ubi, ikan air tawar, sayur, bunga, dan ternakan.

“Penubuhan koperasi ini tidak sekadar mengumpul individu terbabit dengan kegiatan berasaskan pertanian, sebaliknya kementerian meminta Ko Kuat untuk mengemukakan keseluruhan rantaian nilai yang boleh disertai oleh koperasi itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Ko Kuat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Putrajaya.

 

Last Updated ( Thursday, 06 March 2008 )
 
Next >
© 2010 Bazaar Usahawan Tani