This website is best viewed using Mozilla Firefox

Letakkan Iklan anda disini. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Peluang mendapatkan pendapatan dengan bekerja di rumah. Menggunakan 3 cara mudah. PlugInProfits

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday80
mod_vvisit_counterYesterday221
mod_vvisit_counterThis week1211
mod_vvisit_counterThis month735
mod_vvisit_counterAll234764

Sahabat KUAT






Lost Password?
No account yet? Register
Ikan Hiasan PDF Print E-mail
Written by Utusan Malaysia 16 Nov 2007   
Saturday, 01 March 2008

Industri ikan hiasan tagih penyertaan bumiputra

SUBSEKTOR perikanan negara merangkumi akuakultur dan marin

mencatatkan pulangan pelaburan tertinggi berbanding subsektor

makanan pertanian lain.

 

Pada 2004, subsektor perikanan menghasilkan 1.54 juta ikan

bernilai RM5.5 bilion termasuk 456 juta ekor ikan hiasan bernilai

RM106.3 juta. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar

ikan hiasan yang berorientasikan ekspot dan mencatatkan

pertumbuhan tinggin iaitu 40 peratus setahun.

 

Ketika ini, negara berada di tempat kedua selepas Singapura dari

segi ekspot global dengan bahagian pasaran tumbuh sebanyak

9 peratus. Secara purata, industri tempatan mengalami pertumbuhan

ekspot 24 peratus sejak dua dekad lalu.

 

Klik untuk papar keratan akhbar 'Mega Utusan Malaysia>>Jumaat 16 Nov 2007'

Industri ikan hiasan tempatan bernilai RM100 juta mencatatkan

pertumbuhan luar biasa sejak 15 tahun lepas dengan pengeluarannya

mencecah hampir lebih 500 juta ekor setahun. Daripada jumlah itu,

lebih 70 peratus diekspot secraa langsung atau tidak langsung dengan

nilai RM140 juta setahun. Terdapat 550 jenis ikan tempatan dan eksotik

yang 250 spesis daripadanya diternak di Malaysia untuk pasaran

tempatan dan global.

 

Menjelang 2010 atau hujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),

Malaysia dijangka mengeluarkan 800 juta ekor ikan hiasa bagi

pasaran dunia bernilai RM190 juta. Buat masa ini, lebih 70 peratus

daripada pengeluaran tempatan di ekspot ke United Kingdom,

Amerika Syarikat, Itali, Hong Kong, Sepanyol, Jepun, dan Taiwan.

 

Pada setiap tahun, perdagangan ikan hiasan dunia dianggarkan

bernilai RM8.06 bilion dengan 98 peratus tertumpu kepada ikan

tropika. Permintaan global bagi industri ikan hiasan telah meningkat

selepas krisis ekonomi Asia 1997 dan dijangka berkembang antara

10 dan 15 peratus.

 

Dalam RMK-9, kerajaan kerajaan juga menyasarkan jumlah ekspot ikan

hiasan sehingga RM100 juta berbanding RM81.9 juta dalam RMK-8 dengan

jumlah pengusaha akan ditingkatkan kepada 500 orang.

 

Bagi mencapai semua matlamat tersebut, antara strategi yang dirangka

dengan membangunkan industri ikan hiasan ialah melaksanakannya

secara kluster, memberi latihan teknikal, membuka pasaran luar

negara melalui penyertaan ekspo serta menubuhkan Pusat

Pemasaran Ikan Hiasan.

 

Sementara itu, jumlah pengusaha juga akan ditingkatkan dengan

menambah jumlah penyertaan pengusaha bumiputera yang masih rendah.

 

 

Last Updated ( Saturday, 01 March 2008 )
 
Next >
© 2010 Bazaar Usahawan Tani